5-Carta Organisasi Kerja Farm Australia
1)-Farmer. Farmer ialah tuan empunya tanah ladang kerja di Australia. Beliau lah Boss besar dalam menentukan segala keputusan. Bisnes kerja di Australia adalah dalam skala besar dan memerlukan tenaga kerja dalam kuantiti yang ramai. Manakala rakyat Australia tidak berminat dengan kerja di australia. Jadi Farmer melantik kami sebagai Human Resources (Contractor) untuk membekal tenaga kerja.
2)-Contractor. Setelah selamat tiba dan berjaya melepasi immigration Melbourne (Australia), anda akan dibawa oleh Contractor ke rumah kediaman pekerja. Setelah mula bekerja, segala urusan kebajikan pekerja, skop kerja adalah tanggungjawab Contractor. Anda juga bebas bertukar Contractor jika anda mempunyai kenalan dan peluang baru. Dalam erti kata lain, anda bebas, tiada ikatan dengan Contractor mahu pun sesiapa.
3)-Pengurus Pengambilan Pekerja (Mr Aman). Setelah anda membaca dan memahami website ini sepenuhnya serta membuat keputusan tekad untuk bekerja disini, anda hendaklah menghubungi Mr Aman bagi mengurus dokumen seperti tiket kapal terbang, Visa, Booking hotel, khidmat tukaran wang saku(Exchange Rate) serta khidmat nasihat tentang kerja disini. Selain itu, tips untuk berhadapan immigration Australia turut diberikan.
4)-Airline Ticketing Agency (Ar Razq Supplier). Kerjasama Ticketing Agency adalah bagi membantu Mr Aman dalam urusan booking ticket flight, tidak lebih dari itu. Syarikat Ar Razq Supplier hanya menanggung liabiliti tiket flight sahaja bukan bahagian kerja Farm di Australia. Hanya Mr Aman sahaja yang mengurus bahagian pengambilan pekerja. Setelah anda bertekad untuk bekerja disini, maka anda hendaklah hubungi Mr Aman dan beliau akan hubungi syarikat ini untuk menempah tiket flight. Sekali lagi ingin menegaskan bahawa sebarang pembayaran hendaklah terus ke atas nama Syarikat ini, bukan akaun Mr Aman serta secara Face to Face bukan bank-in. Hal ini kerana untuk mengelak berlakunya penipuan oleh individu (SCAMMER) kononnya Agen Kerja Australia.
5)-Media Massa. Media massa memainkan peranan dalam mempromosi webite kami. Di antara syarikat pengiklanan yang bekerjasama dengan kami ialah Akhbar Tempatan, Facebook Inc, Google Adsense, Mudah.my dan sebagainya.
MODUS PENIPUAN(SCAMMER)
BERIKUT ADALAH CONTOH PENIPUAN (SCAMMER) YANG DIDEDAHKAN OLEH AKHBAR TEMPATAN
Diatas- Contoh ahli perniagaan menjadi mangsa penipuan ejen (SCAMMER) kerja di Australia
(Kanan)- Penipuan tidak mengenal status agama
6-PERBEZAAN ANTARA PENIPUAN (SCAMMER) DENGAN YANG SAH
-Ragam Orang Malaysia Pergi Kerja Farm Australia...
" Ramai orang kerja di Farm Australia pulang ke Malaysia membawa kejayaan. Tidak kurang juga mereka yang ditipu atau gagal membawa balik kejayaan seperti diharapkan. Jadilah manusia yang bijak. Buat pilihan dan keputusan yang betul. Menyesal di kemudian hari tiada gunanya. "
SOALAN LAZIM YG DITANYA...
20 LIST OF FREQUENTLY ASK QUESTION(F.A.Q)
1-Adakah tiket kapal terbang diurus?
Ya. Mr Aman akan uruskan tiket kapal terbang anda dengan Ticketing Agency yang diikitiraf oleh kami.
2-Visa Australia.Mr Aman akan uruskan Visa Australia (visitor visa) untuk anda
3-Kos keseluruhan yang anda perlu sediakan untuk datang bekerja disini.Bergantung kepada harga tiket flight semasa yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Jika ada promosi Air Asia, mungkin kos keseluruhan sekitar RM3999-RM4600 sahaja.
4-Boleh tak kos untuk datang bekerja disini dipotong gaji secara ansur-ansuran?Maaf, tidak boleh.
5-Adakah anda dikenakan caj tambahan ?Tidak sama sekali.
6-Adakah kerajaan Australia mengeluarkan permit kerja?Kerajaan Australia mengeluarkan permit kerja hanya untuk golongan profesional sahaja seperti doktor, peguam,jurutera dan sebagainya. Jika anda berjumpa dengan individu yang boleh memberi permit kerja untuk anda, kami ucapkan tahniah kerana anda telah berjumpa dengan penipu (SCAMMER).
7-Selain dari kerja farm, ada tak kerja lain seperti kerja kilang, cleaner dan sebagainya?Maaf, kerja farm sahaja bidang kuasa kami.
8-Adakah anda terikat dengan kami secara kontrak?Tidak sama sekali. Passport anda kami tidak pegang. Anda bebas untuk bertukar Contractor lain jika anda mempunyai kenalan dan peluang baru. Dalam erti kata lain, anda bebas untuk membuat apa saja. Cuma kami harap anda hormati kami selaku Contractor.
9-Apakah terma & syarat yang patut anda ikut untuk datang bekerja disini?Sila klik dan baca di page How to Apply.
10-Adakah peluang kerja ini selalu ada?Peluang ini amat terhad dan pengambilan pekerja bergantung kepada keperluan Farmer terhadap tenaga kerja.
11-Adakah gaji kami dipotong oleh pengurus (Mr Aman)?Tidak!. Pengurus pengambilan pekerja tiada kuasa diatas gaji anda. Gaji anda hak anda.
12-Penginapan dan Pengangkutan di AustraliaContractor akan menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan untuk pekerja. Malah, seminggu sekali, Contractor akan bawa anda ke bandar untuk shopping barang-barang keperluan. Harga sewa rumah seminggu disini ialah antara AUD70-AUD80, bergantung kepada kediaman. Manakala kos pengangkutan adalah AUD5 sehari. Untuk pengangkutan pergi shopping biasanya percuma dan ditanggung oleh Contractor.
13-Gaji atau WagesGaji disini dibayar melalui 2 cara. 1) Gaji dibayar secara AUD13-AUD15 perjam. 2) Gaji dibayar secara hasil kerja, makin banyak anda buat makin banyak anda dapat. Cara pembayaran pula biasanya tunai dan ada juga Farmer yang suka bayar melalui akaun bank.
14-Jadual masa bekerjaJadual masa kerja kita adalah tertakhluk kepada Farmer disini. Biasanya masa kerja 8-10 jam sehari. Jadual kerja kita adalah seperti berikut :
07.00am :Mula kerja
10.30am :Rehat 15 minit (Smoker time)
12.30pm :Rehat makan 30 minit (Lunch)
02.45pm :Rehat 15 minit (Smoker time)
04.00pm :Pulang kerja jika tiada overtime
Manakala jadual kerja untuk gaji yang dibayar secara hasil kerja adalah ditentukan oleh anda sendiri.
-Diatas- Gambar ini diambil secara jarak jauh. Gambar ini diambil ketika rehat 15 minit pukul 10:30am (Smoker Time)
-Diatas- Gambar ini diambil masa makan tengah hari pukul 12:30pm (Lunch Hour).
-Video diatas. Video ini diambil secara live ketika para pekerja sedang rehat makan tengah hari pukul 12:30pm (Lunch Hour) di farm.
15-Budget keperluan seorang makan dalam semingguBelanja untuk seorang makan dalam masa seminggu lebih kurang AUD30 sahaja. Kalau berdua AUD50 sudah cukup. Untuk kaki enjoy tu, balik Malaysia je la.
16-Boleh ke saya bekerja di Farm Australia jika saya bertudung?Bertudung di Australia tidak menjadi masalah. Malah mereka memandang tinggi dan meghormati anda. Tiada dasar diskriminasi disini. Ramai rakan kerja kami dari kalangan perempuan bertudung
17-Saya muslim, adakah ada sebarang halangan untuk saya menunaikan Solat?Ini berita baik buat anda!, Farmer Australia sangat menyayangi orang bersolat. Bagi mereka orang menyembah tuhan adalah orang baik.
18-Saya muslim, adakah sulit untuk saya mendapat makanan Halal disini?
Contoh kedai runcit halal disini |
19-Jika saya Blacklist atau bankrupt adakah saya layak memohon?Sepanjang operasi kami, tiada masalah bagi mereka yang Blacklist. Malah ramai staff kita dari kalangan Blacklist di Malaysia.
20-Apa yang membezakan kami dengan mereka yang lainKami bukan agent kerja Australia, tapi kami Contractor berlesen yang bekerjasama dengan Farmer Australia. Malah kami juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat Ticketing Agency yang berdaftar di dalam urusan pembelian tiket flight anda kesini (Ar-Razq Supplier Sdn Bhd). Anda boleh periksa pendaftaran syarikat tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) Kami juga ada menjalin hubungan kerjasama dengan pihak Akhbar Tempatan di Malaysia.Kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar secara sah bukan seperti individu lain yang mengaku Agent Kerja Australia, tetapi menipu orang.(SCAMMER)