Adakah anda tahu kerja di Australia gaji nya lumayan?. Ada yang tahu, tapi takut utk pergi. Takut kena jual la, takut kena tipu la. Tapi bagi mereka yang kerja di australia, mereka sahaja lah yang tahu betapa bertuahnya bumi Australia ini. Untuk pengetahuan anda, dengan kerja di Australia, anda mampu meraih pendapatan RM7000-Rm12000. Pendapatan yang mustahil bagi mereka yang kerja di Malaysia. Pelik tapi benar dan inilah kerja di Australia. Mereka menghargai tenaga buruh mereka. Dengan waktu kerja yang sama di Malaysia iaitu 8-10 jam sehari ,6-7 hari seminggu.
" Gaji purata kerja ladang Australia ialah AUD13 dollar-AUD15 dollar (RM39-RM45) perjam. Jika anda kerja 8- 10 jam sehari, (RM390-RM450). Kalau darab sebulan 30 hari kerja?, anda boleh kira sendiri. Peluang kerja yang tidak mungkin wujud di Malaysia mahu pun Singapura. "
" Manakala untuk Malaysia, gaji minimum RM4.40 perjam (RM900 sbln).Untuk profesional pula gaji fresh graduate (Ijazah) RM8.50 perjam (RM1800 sbln). Tolak bayar kereta RM900, sewa bilik RM400,bil api-air RM100, tinggal RM400 buat makan sebulan. Cukup ke?... "
(Diatas)- Realiti Kehidupan di Malaysia
11)Kelayakan Untuk Bekerja Di Farm Australia...
1)Terbuka hanya untuk warganegara Malaysia sahaja
2)Sihat fizikal & mental, disiplin dan rajin serta mempunyai motivasi yang tinggi untuk memajukan diri bagi mengubah nasib hidup diri dan keluarga.
3)Ingin berniaga tetapi modal tidak cukup.Rebut peluang ini.
4)Tidak mempunyai pengalaman kerja dan pendidikan tetapi ingin mencuba utuk bekerja diluar negara.
5)Sudah bersara seperti polis, tentera dan sebagainya tetapi bosan tinggal dirumah serta ingin cari duit tambahan.
6)Tamat pengajian di University atau mana-mana institusi tetapi masih menganggur. Datang kerja disini.
7)Ingin berkahwin tetapi wang hantaran tidak cukup. Kumpul modal disini.
8)Mengalami masalah kewangan seperti hutang PTPTN, hutang kad kredit,dan sebagainya. Peluang ini mungkin membantu anda menyelesaikan hutang anda.
9)Tidak pandai dan tidak mahir berbahasa Inggeris. Anda boleh belajar disini.
10)Mengalami masalah ditempat kerja serta fed-up dengan kerja lama di Malaysia. Anda boleh mulai kerjaya baru anda disini.
11)Bekerja sambil melancong. Kerja 3-6 bulan sambil melancong disini.
KERJA PETIK BUAH DI AUSTRALIA...
3-SKOP KERJA FARM AUSTRALIA
Season Time: May To August
1) PRUNING(Winter Season). Setelah musim petik buah tamat, musim pruning pula tiba. Kerja pruning adalah kita kena memotong ranting kecil cabang pokok berbunga dan menghasilkan buah pada musim petik nanti (Summer Season).
Season Time: Sept To Disember
2) THINNING(Spring Season). Setelah siap Pruning, ranting pokok mula mengeluarkan bunga, dan buah-buah muda. Buah masih kecil dan belum matang. Kerja kita adalah kena buang buah lebihan dari ranting untuk pembesaran buah lain.
Season Time: Jan To April
3) PICKING(Summer & Autumn Season). Setelah siap Thinning, buah-buahan mula matang dan ready to pick. Jadi kerja kita adalah petik buah mengikut standard yang ditentukan oleh Farmer(tuan ladang).
" Jadi tanggapan masyarakat mengatakan Kerja Ladang di Australia hanya bergantung pada musim buah adalah salah sama sekali. Hanya mereka yang pernah datang kerja disini sahaja yang tahu musim dan selok-belok kerja disini. Kerja di Farm Australia adalah sepanjang tahun. Tiada musim cuti. Cuma ia bergantung kepada kita samada rajin atau malas. "
Berikut Video Testimoni Kerja Disini Untuk Tontonan Semua...
(Diatas)- Pendedahan kebenaran dan interview yang dilakukan oleh Berita Harian mengenai suka-duka rakyat Malaysia Kerja Farm Australia.
(Diatas)- Video temuramah rakan kerja dari Malaysia dan Bali. Mereka ini baik orangnya. Suka bergurau. Yang makan buah tu namanya Amir. Orang Malaysia dari Kelantan. Bestnya makan buah fresh lepas petik, Yang pakai baju merah dibelakang namanya Rudy dari Alor Star, Kedah. Happy ler tu baru beli kereta di Australia. Hehe.
(Gambar diatas)- Ini lah wang Australia yang di hantar oleh rakan Malaysia kita Rudy dari Alor Star, Kedah(Video Diatas) untuk setiap 2 minggu (AUD1500) lebih kurang RM4500 untuk 2 minggu. Lumayan bukan!!. Tapi kena ingat, untuk dapat gaji begini, kerja mestilah rajin, pantas dan tangkas baru dapat. Kalau malas, balik Malaysia je la jawapnye.
(Diatas)- Lunch Time bersama isteri Farmer(Isteri Tuan Ladang).
Amaran!! Perempuan tidak digalakkan menonton video ini. Hehehe
(2 Video Diatas)- Gurauan rakan kerja lelaki di ladang. Pertama diatas, rakan kerja kami orang Malaysia dari Sabah (suluk) diperangkap akibat suka kacau orang tengah berak. Bila di goncang, tiada orang didalam. Hahahaha.
Video ke-2 diatas adalah rakaman tandas bergerak digoncang dan dibaling buah semasa salah seorang rakan kerja tengah berak. Hanya lelaki saja mereka goncang, perempuan tidak. Best kan, sambil kerja dapat bergurau senda. Mereka menunggu giliran anda. Mari kita lihat siapa yang kena....Hahahaha.